Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bank Islam semak kadar asas

today12 May 2022

Background


PETALING JAYA – Sejajar dengan pengumuman langkah terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyemak semula kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 25 bps, masing-masing kepada 2.77 peratus dan 5.72 peratus.

Pada masa sama, kadar deposit Bank Islam juga akan diselaraskan ke atas sebanyak 25 bps. Kesemua perubahan ini akan berkuat kuasa pada 17 Mei 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, semakan itu sejajar dengan langkah terbaharu BNM untuk meningkatkan OPR.

β€œBank Islam amat peka akan cabaran semasa yang dihadapi pelanggan dan memberi jaminan bahawa bantuan kewangan kami kekal tersedia bagi membantu mereka mengukuhkan kedudukan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan terakhir BR Bank Islam telah dilaksanakan pada 10 Julai 2020, melibatkan penurunan daripada 2.77…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post