Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain pertahanan negara, Azam Azmi Murad tidak mengalami kecederaan serius dan beliau sudahpun dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan.
Azam dilarikan ke hospital setelah beliau berlanggar dengan pemain Thailand, Jaturapat Sattham pada aksi kumpulan B di Stadium Thien Truong semalam yang menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan pemenang pingat emas 16 kali itu dengan keputusan 2-1.
Pemain berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan pada minit ke-62 dan beliau terus dikeluarkan dan dilarikan ke hospital bagi membolehkan pemain itu menerima rawatan lanjut.
Ketua jurulatih Harimau Malaya B-23, Brad Maloney bergegas ke Hospital Province Nam Dinh, Vietnam selepas perlawanan malam tadi bagi melihat keadaan pemain pertahanan, Azam Azmi Murad.
▶️ Baca penuh di https://t.co/PygcbVoMXl pic.twitter.com/MimzZOAOGM
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 7, 2022
Ketua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: