Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Australia Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Asia Dengan Syarat AFC Anjak Ke Tahun 2024

today22 June 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Selepas Korea Selatan, giliran Australia pula menyatakan minat untuk membida hak penganjuran Piala Asia 2023 bagi menggantikan tempat China yang menarik diri kerana peningkatan wabak COVID-19.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini berkata mana-mana pihak yang berminat mesti menghantar bidaan rasmi mereka sebelum 30 Jun ini.

β€œKami sedang mengadakan perbincangan dengan AFC dan kerajaan secara selari sambil menentukan proses dan minat kami,” kata jurucakap Bola Sepak Australia.

Bagaimanapun, kerajaan Australia enggan mengulas sama ada ia menyokong bidaan tersebut kerana jadual penganjuran sukan di negara itu cukup penuh.

β€œKeputusan untuk membida …. terletak dengan Persatuan Bola Sepak Australia, sebagai organisasi sukan kebangsaan yang berkaitan,” kata menteri sukan persekutuan Anika Wells dalam satu kenyataan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post