Connect with us

Hiburan

Atas Nasihat Ustaz, Erra Terima Jika Ada Yang Panggil Dirinya ‘Hajjah’

Wah, makin hari makin cantik Hajjah Erra!

Published

on

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira menyifatkan pengalaman mengerjakan haji tahun ini adalah paling indah dan menyentuh hatinya.

“Saya hanya buat yang terbaik dan berharap ia diterima dan mendapat haji mabrur,” katanya.

Bercerita mengenai doa, Erra tidak menjelaskannya secara terperinci namun lebih banyak berdoa tentang kebaikan dunia dan akhirat.

“Nama pun doa, jadi kena rahsia. Tapi, secara keseluruhannya tentu saja untuk kebaikan di dunia akhirat. Tentu saja kita kejar dunia tapi akhirat adalah matlamat kita. Jadi saya nak seimbangkan,” ujarnya lagi.

Pelantun lagu dan heroin filem Pasrah itu juga tidak kisah andai ada yang memanggilnya dengan gelaran hajjah ketika ini kerana mengikut nasihat seorang ustaz.

“Sejujurnya, pada awalnya tentu saya berasa kekok dan minta panggil biasa saja. Tapi, saya dinasihatkan oleh ustaz yang menjadi mutawwif di sana tidak menolak atau pesan pada orang jangan panggil hajjah. Itu sesuatu yang tak baik.
“Jadi, saya dengar nasihat itu dan terima jika ada yang panggil hajjah,” jelas Erra.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.