Connect with us

Hiburan

Anak Rita Rudaini Curi Tumpuan Jemaah di Mekah

Alhamdulillah..

Published

on

Pernah pada suatu ketika dahulu, persepsi ke Tanah Suci Mekah sama ada mengerjakan ibadat haji ataupun umrah hanya untuk golongan yang sudah dewasa sahaja.

Namun, perkara itu sudah berubah kerana ramai golongan muda hari ini terdorong untuk mengerjakan ibadat umrah terutamanya, kerana ilmu mereka peroleh selain ramai juga memiliki kelebihan dari sudut kewangan.

Perkara berkenaan berlaku kepada pelakon Rita Rudaini yang mengambil keputusan untuk menunaikan umrah bersama dengan anak-anak lelakinya.

Lebih menarik lagi, pelakon tersebut berkongsi beberapa foto dimana anak-anaknya disenangi dan diminati ramai rakyat tempatan disana mahupun jemaah sehingga ada yang mahu mengambil gambar dengannya!

Menurut Rita, ramai menyayangi anaknya ketika berada disana bahkan ada yang memeluk dan beranggapan bahawa ibunya berasal dari Arab.

Rita turut bersyukur dengan perkara tersebut selain berseloroh mengatakan mereka ramai peminat di Tanah Suci.

Rata-rata pengikut Rita turut meninggalkan komen positive selain mendoakan agar segala urusan pelakon tersebut dipermudahkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.