Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Akibat Degil, Motosikal Hanyut Dibawa Arus Banjir

today4 January 2021

Background

Semalam akaun Facebook Info Roadblock Jabatan Pengangkutan Jalan memuat naik sebuah video pendek yang menunjukkan keadaan di Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong Kemaman,Terengganu yang sudah dinaiki air.

Dalam pada masa yang sama juga, malam semalam Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Alam Sekitar Dan Air mengeluarkan kenyataan hujan lebat dijangkakan berterusan di beberapa kawasan sehingga 5 Januari ini.

Malah, pihak mereka turut memberitahu kepada orang ramai bahawa terdapat beberapa kawasan yang berada dalam keadaan cuaca bahaya. Antaranya, Johor, Terengganu dan Pahang.

No photo description available.

Walaupun pihak bertanggungjawab sudah beritahu kepada orang ramai dan telah berlaku banjir teruk depan mata mereka tapi tetap ada segelintir yang berdegil untuk meredah laluan arus banjir.

Lihatlah rakaman video yang berlaku di Jengka 21, Pahang. Habis hanyut sebiji motor dibawa arus deras banjir.

Namun, motor yang telah hanyut telah berjaya dijumpai di Jengka 15-16.

Bencana banjir adalah sesuatu yang di luar kawalan manusia. Jika berhadapan dengan situasi begini, jangan berdegil melawan arus kerana nyawa anda mungkin diancam bahaya. Apa pun, stay safe okay semua!

 

 

Untuk bacaan artikel lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Mangsa banjir di Pahang, Terengganu meningkat

Terperangkap banjir, 5 jam tahan sejuk

 

 

 

Sumber: facebook , inforoadblock

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Teruskan amal SOP, jaga norma baharu

ZULKIFLI MANZOR,WARTAWAN EKSEKUTIFBERITA yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Kira-kira sejuta rakyat Malaysia dilaporkan akan mula disuntik vaksin Covid-19. Suntikan vaksin yang diperoleh daripada syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech itu dijadualkan bermula pada bulan depan. Selepas itu, seramai 6.2 juta lagi rakyat Malaysia akan disuntik vaksin Covid-19 pada April dan Mei tahun ini. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di Kota Tinggi, Johor pada 2... Klik untuk baca artikel […]

today4 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *