KUALA LUMPUR – Program Sifar Tunai anjuran Agrobank yang bertujuan untuk memupuk sikap menabung serta cermat dalam pengurusan transaksi tanpa tunai (cashless) dalam kalangan golongan muda adalah inisiatif sulung bank bekerjasama dengan koperasi sekolah.
Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Aminuddin Amenon berkata, melalui program tersebut, Koperasi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur Berhad telah dilantik sebagai ejen kepada bank dalam menyediakan perkhidmatan perbankan kepada komuniti sekolah.
Menerusi program tersebut, ibu bapa pelajar hanya perlu mendepositkan wang permulaan sebanyak RM50 ke dalam akaun pelajar yang juga telah disertakan dengan pakej perlindungan kemalangan diri di bawah produk Takaful Kasih Plus-i serta kad debit untuk pelajar.
“Kami mengunjurkan program ini akan disertai oleh 700 pelajar dan kakitangan sekolah selepas dilaksanakan secara menyeluruh yang dibuat secara berperingkat dengan menggunakan transaksi tanpa tunai seperti di kantin, kedai buku dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: