Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan Ke SMART Tunnel

today21 December 2021

Background


Menurut sumber, terowong itu berjaya melencongkan air sebanyak 5 juta meter padu air. Jika terowong ini tidak diaktifkan, kemungkinan besar Kuala Lumpur sudah tenggelam akibat banjir kilat.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, lencongan air banjir ini mula diaktifkan pada 7.45 malam Sabtu lepas.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir”

“Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam,” katanya.

“Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika kita tidak lencongkan), kita dah keluarkan 5 juta meter padu, dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan”, jelasnya. 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ellina Chan


Previous post