Connect with us

Gaya Hidup

5 Adat Hari Raya Hasil Campuran Budaya Di Malaysia

Ramai sebenarnya yang tidak sedar dengan sejarah dan budaya yang dicampur atau diadaptasi ke dalam satu budaya yang lain terutama generasi muda yang sudah terbiasa dengannya. Jadi hari ini kita nak melihat apakah 5 adat hari raya hasil campuran budaya di Malaysia. 

Published

on

Malaysia terkenal sebagai negara yang penuh dengan kepelbagaian. Pelbagai bangsa dan agama hidup di bawah satu bumbung negara yang sama. Setelah bertahun-tahun lamanya kita hidup bersama, banyak budaya yang dicampur adukkan dan terjadilah adat-adat istimewa yang kini sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Ramai sebenarnya yang tidak sedar dengan sejarah dan budaya yang dicampur atau diadaptasi ke dalam satu budaya yang lain terutama generasi muda yang sudah terbiasa dengannya. Jadi hari ini kita nak melihat apakah 5 adat hari raya hasil campuran budaya di Malaysia.

Baca juga: Walaupun Raya PKP, Ini 5 Lagu Raya Nostalgia Yang Masih “Trending” Sepanjang Zaman

1. Makanan

Negara kita terkenal dengan makanannya yang pelbagai tak kiralah dari segi jenis dan rasa. Makanan adalah yang paling banyak diadaptasi dari budaya lain. Jika nak diikutkan kesemua makanan wajib hari raya ada sejarahnya yang tersendiri contohnya ketupat yang dikatakan berasal dari Jawa. Proses pembuatan ketupat penuh dengan makna yang tersirat sehingga menjadikannya simbolik hari raya serta lemang yang berasal dari orang asli di Kelantan.

Jika anda nak tahu, tart nenas yang merupakan kuih tradisi hari raya mulanya terkenal di kalangan Baba Nyoya di Melaka. Nenas diperkenalkan oleh Portugal ke Melaka berabad tahun yang lalu. Oleh itu, mereka menyatakan bahawa tart nenas ini datangnya dari mereka. Tidak kiralah siapa yang mula menjadikan kuih ini popular di kalangan rakyat, tart nenas kini merupakan kuih tradisi yang mesti ada dihidangkan di atas meja ketika raya.

Malah, saban tahun muruku yang popular dihidangkan sebagai snek masyarakat India kini turut dihidangkan semasa hari raya sebagai salah satu “kuih raya”.

 

2. Pakaian

Merentas generasi, kini pakaian hari raya bukan sahaja terhad kepada baju kurung atau baju melayu. Kemunculan pereka-pereka fesyen yang hebat di Malaysia memperkenalkan baju-baju moden hasil olahan daripada baju kurung itu sendiri.

Kini, kita dapat lihat banyak inovasi baju kurung yang menggunakan elemen budaya lain seperti gabungan elemen Cheongsam dan set Punjabi. Malah, kebaya yang merupakan pakaian tradisi masyarakat melayu  itu sendiri berasal dari Indonesia dan dipopularkan oleh Baba Nyoya.

 

3. Panjut

Memasang panjut adalah tradisi lama dalam menyambut hari raya. Pada waktu dahulu, sebelum lampu elektronik bewarna-warni terkenal dipasang di hadapan rumah, panjut terlebih dahulu wujud di mana setiap rumah, masjid serta surau akan memasang panjut sekeliling kawasan dan sepanjang jalan bagi memeriahkan lagi malam raya.

Mengikut kata orang tua, dahulu panjut ini dipasang bermula 10 malam terakhir Ramadan di sepanjang jalan ke masjid atau surau. Tujuannya adalah untuk menerangi jalan,  memanggil dan menggalakkan umat Islam datang ke masjid atau surau bagi menunaikan solat terawih.

Sebenarnya panjut lebih sinonim dengan masyarakat beragama Hindu. Tradisi memasang panjut ini dikatakan diimport dari budaya Hindu.

 

4. Mercun Dan Bunga Api

Umum tahu budaya memasang mercun dan bunga api ini datangnya dari budaya rakyat Cina. Mereka akan memasang mercun dan bunga api dengan meriah pada Tahun Baru Cina. Budaya ini telah diserap masuk ke dalam Malaysia. Kini, raya tak lengkap jika tiada mercun atau bunga api yang menghiasi langit dan gelap di waktu malam.

Tradisi ini boleh dikatakan sudah menjadi tradisi negara. Setiap kali ada perayaan tidak kiralah Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri atau Deepavali pasti kedengaran bunyi mercun sahut-menyahut di merata tempat.

 

5. Duit Raya

Tak rayalah kalau tiada duit raya terutama buat kanak-kanak yang menunggu-nunggu saat itu. Tradisi memberi duit raya ini sebenarnya diambil dari budaya masyarakat Cina yang memberi Ang Pow semasa Tahun Baru Cina. Tradisi sama namun syaratnya mungkin berbeza sedikit.

Bagi masyarakat Cina, seseorang itu masih layak untuk menerima Ang Pow jika dia masih belum berkahwin manakala buat masyarakat Melayu duit raya hanya diberikan kepada anak-anak kecil atau sehingga mereka mula bekerja. Bagi yang sudah bekerja mereka dikira sudah dewasa dan berkemampuan.

Itu adalah sedikit sebanyak adat atau tradisi yang kita raikan dan masih digunapakai sehingga ke hari ini. Penting untuk kita tahu sejarah supaya kita sentiasa sedar tentang asal usul diri. Kepelbagaian yang akhirnya membentuk budaya dan adat campuran yang baru sebenarnya sangat menarik untuk dikaji. Inilah yang menjadikan Malaysia dan rakyatnya  istimewa.

Baca juga: Perak Dan Johor Pernah Beraya Awal Sehari? Ini Sejarah Tengok Anak Bulan Di Malaysia

Sumber: The Star

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di