Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pertembungan dua pasukan teratas Liga Super diantara Negeri Sembilan menentang JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan malam ini.
Malah, Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) mengesahkan sebanyak 15,000 tiket perlawanan tersebut telah berjaya dijual setakat pagi ini. Mereka turut akan menjual baki tiket perlawanan itu di kaunter grandstand bermula jam 3 – 6 petang dan di kaunter tiket Zon B & C bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam.
Dijangka lebih 20,000 penyokong daripada kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Pertembungan ini bakal berlangsung sengit apatah lagi kedua-dua pasukan ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super.
15000 tiket telah terjual. Tiket akan dijual hari ini di kaunter grandstand bermula jam 3 – 6 petang dan di kaunter tiket Zon B & C bermula…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: